🎁 Sebelum melamar, latih wawancara ini. Buat akun WorkMundi gratis dan dapatkan Latihan Wawancara di HelpsYouSpeak — tanpa biaya, tanpa kartu. Saya mau latihan saya →
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut: 1) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 20 tahun (calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat atau pentadbiran sistem hendaklah tidak melebihi 35 tahun); 2) Memiliki kelulusan peringkat Diploma/Diploma Lanjutan dalam bidang Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sistem Maklumat, Kejuruteraan Perisian, Rangkaian Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan akan menjadi keutamaan; dan/atau 3) Memiliki kelulusan SPM/SPVM/STPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta lulus dalam tiga (3) mata pelajaran lain; 4) Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat khususnya dalam pengurusan sistem aplikasi, sokongan teknikal (Helpdesk), penyelenggaraan komputer, pengurusan akaun pengguna atau bidang berkaitan; dan 5) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan sistem operasi Windows, aplikasi Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint), internet serta asas pengurusan rangkaian dan pangkalan data; dan 6) Berkemahiran dan mampu dalam menyelesaikan masalah (basic troubleshooting), proaktif dan cepat mempelajari teknologi baharu. 7) Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik, berorientasikan pelanggan serta mampu memberi sokongan teknikal kepada pengguna di semua peringkat organisasi. 8) Mempunyai kemahiran pengurusan rekod, dokumentasi dan penyediaan laporan yang teratur. 9) Berkebolehan bekerja secara berpasukan serta mampu bekerja di bawah tekanan. 10) Bersedia memberikan sokongan teknikal di luar waktu pejabat sekiranya diperlukan. 11) Berdisiplin, amanah dan mempunyai integriti yang tinggi. Akauntabiliti Utama: Melibatkan penyediaan sokongan pentadbiran dan teknikal yang menyeluruh kepada syarikat. Kerani pentadbiran bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas administratif termasuk pengurusan fail, penyusunan jadual, dan pengurusan logistik. Di samping itu, mereka juga berperanan sebagai titik hubungan utama bagi pengguna dalam menangani pertanyaan dan permintaan bantuan. Sebagai penyokong Helpdesk, mereka mengendalikan panggilan masuk, memecahkan masalah teknikal, dan memberikan bantuan serta bimbingan kepada pengguna dalam penggunaan perisian dan peranti. Tugas dan Tanggungjawab: 1. Menjalankan kerja-kerja pentadbiran Bahagian Teknologi Maklumat. 2. Menguruskan bil-bil yang terlibat pada Bahagian Teknologi Maklumat bagi tujuan bayaran dan perolehan. 3. Memastikan semua lesen perisian dan keahlian IT adalah sah dan diperbaharui mengikut tarikh tamat. 4. Menyelenggara rekod pembelian termasuk invois, resit, dan dokumen berkaitan dengan perbelanjaan IT. 5. Mengawasi stok barang IT, memastikan ketersediaan peranti dan kelengkapan IT yang mencukupi. 6. Menerima aduan pengguna mengenai masalah IT dan menyediakan sokongan awal atau merujuk kepada jabatan IT yang berkaitan untuk tindakan lanjut. 7. Menyelenggara fail-fail berkenaan Bahagian Teknologi Maklumat 8. Mendaftar dan menguruskan pengguna, kemasukan data, dan rekod sistem. 9. Memberikan sokongan teknikal kepada pengguna melalui telefon, e-mel, atau dalam talian. 10. Menguruskan peralatan pejabat, tempahan dewan dan bilik mesyuarat. 11. Menyelenggara fail projek pembangunan sistem dan infrastruktur. 12. Membuat pembetulan password dalam KPD Access. 13. Memantau dan merekod pembayaran kepada vendor. 14. Proses tuntutan bayaran bahagian IT. 15. Mencetak sticker dan sticker pos laju apabila diperlukan pada printer dibilik mesin Bahagian IT. 16. Membantu menjawab fail ahli dan membuat pembetulan data yang diperlukan. 17. Mencetak laporan-laporan bulanan seperti modal saham dan tebus saham, senarai takaful dan lain-lain lagi. 18. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari masa ke semasa. 19. Menjalankan lain-lain tugasan yang difikirkan perlu berkaitan dengan tugas tersebut walaupun tiada catatan khusus. Diberi Keutamaan: Mempunyai pengalaman dalam pentadbiran IT sekurang-kurangnya 2 tahun atau pentadbiran pejabat. Pengetahuan asas seperti Microsoft Office, serta kemahiran dalam pengurusan sistem operasi dan peranti komputer. Boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua peringkat pengguna Sistem Aplikasi.