🎁 Sebelum melamar, latih wawancara ini. Buat akun WorkMundi gratis dan dapatkan Latihan Wawancara di HelpsYouSpeak — tanpa biaya, tanpa kartu. Saya mau latihan saya →
Membantu menyediakan Pelan Perancangan Strategik 5 tahun dan Pelan Perniagaan Tahunan CBP termasuk memantau dan memastikan pelan-pelan tindakan dilaksana serta sasaran yang ditetapkan tercapai. Membantu memastikan sebarang strategi atau initiatif yang dicadangkan adalah berkaitan dengan produk baru atau variasi produk Ar Rahnu, model perniagaan baru, kolaborasi, kempen, program adalah bagi meningkatkan pendapatan / perkhidmatan Berasaskan Fi yang bersesuaian dengan pelan perniagaan CBP. Menganalisa prestasi setiap produk dan mencadangkan penambahbaikan terhadap produk Ar Rahnu dan Perkhidmatan Berasaskan Fi sedia ada. Menyemak dan memastikan supaya hal berkaitan sesuatu produk seperti polisi, garis panduan operasi, keperluan sistem aplikasi, penyediaan risalah disempurnakan sebelum pelancaran produk berkenaan. Mengendalikan program penerangan dan latihan mengenai produk baru atau penambahbaikan kepada cawangan/outlet jabatan-jabatan yang berkaitan dan pengawalselia. Memastikan laporan Pengurusan/Anggota Lembaga/Pihak Pengawal selia atau lain-lain laporan yang diperlukan telah dihantar dari semasa ke semasa dengan tepat dalam masa yang ditetapkan. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan pihak Pengurusan CBP dari semasa ke semasa.