🎁 Sebelum melamar, latih wawancara ini. Buat akun WorkMundi gratis dan dapatkan Latihan Wawancara di HelpsYouSpeak — tanpa biaya, tanpa kartu. Saya mau latihan saya →
Calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Diploma, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma Profesional dalam bidang Pengajian Perniagaan, Pentadbiran, Pengurusan, Kewangan, Perakaunan, Perbankan atau kelayakan setaraf. Keperluan bahasa: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengkhususan dalam Pemasaran, Pembangunan Perniagaan atau setaraf. Calon yang berpengalaman di peringkat Eksekutif Kanan adalah digalakkan untuk memohon. Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang akaun atau Ar-Rahnu. Boleh bekerja di Seremban dan di luar kawasan sekiranya diperlukan. Memastikan peralatan pengujian (Contoh : Mesin Densimeter / perlalatan pengujian Asid) dalam keadaan tersedia sebelum memulakan operasi. Menerima permohonan gadaian mengikut prosedur yang ditetapkan – Melalui GPO ARX. Menerima transaksi Tebusan, Lanjut Tempoh dan Bayaran Ansuran Pinjaman - Melalui GPO ARX. Membantu Eksekutif I dalam menguruskan kerja-kerja Lelongan Awam dan Lelongan RMS - Melalui GPO ARX. Memastikan dokumen-dokumen (Contoh : Rekod pelanggan, gadaian, tebusan, lanjut tempoh dan lain-lain berkaitan operasi) di failkan mengikut aturan yang disediakan. Melaksanakan kerja-kerja urusan am Ar-Rahnu melalui arahan daripada Eksekutif I. Menyediakan laporan berkenaan operasi perniagaan Ar-Rahnu secara bulanan serta tahunan. Tugas –tugas lain yang diarahkan oleh pihak Sekatarakyat.